Keyakinan rakyat Malaysia untuk melabur dalam aset digital seperti mata wang kripto kini semakin meningkat.

Menurut syarikat bursa aset digital, Luno Malaysia, ini dibuktikan menerusi permintaan kukuh terhadap mata wang kripto selain jumlah pelabur yang meningkat ketara.

Pengurus Pemasarannya, Aaron Tang berkata, setakat akhir November lalu, syarikat merekodkan 600,000 pelabur kripto, berbanding 180,000 tempoh sama tahun lalu.

Tahun ini juga Luno menguruskan nilai transaksi sebanyak 12 bilion ringgit, peningkatan empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Bercakap pada sidang media Tinjauan Tahunan Luno dan Unjuran 2022 secara maya, jelasnya syarikat berhasrat untuk menawarkan lebih banyak aset mata wang kripto tahun hadapan.

Untuk menggalakkan penyertaan pelabur baharu, Luno akan memperkasa penggunaan Bahasa Melayu bagi aplikasinya, selain memperluas program literasi kewangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini