Malaysia mampu melonjakkan ekonomi negara lebih baik sekiranya sektor strategik baharu dapat diterokai dalam kalangan pelabur asing dan menjadi sebagai rantaian bekalan global.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata antara sektor strategik baharu yang boleh dibangunkan dengan lebih erat adalah ekonomi digital dan kesihatan awam dari segi penyelidikan penyediaan pandemik masa depan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan khas bersama British Malaysia Chamber of Commerce (BMCC) di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini