Sebuah institusi pendidikan meminta maaf selepas sekumpulan pelajar Muslim bersolat di luar bangunan dalam cuaca sejuk di bandar Oldham, England baru-baru ini.

Permohonan maaf dibuat selepas insiden berkenaan tular di media sosial.

Oldham Academy North turut mengesahkan satu siasatan dilancarkan berhubung insiden tersebut.

Dalam kejadian itu, pelajar terbabit memberitahu terpaksa bertindak sedemikian selepas seorang guru tidak membenarkan mereka bersolat di dalam kelas.

Dalam satu kenyataan, institusi berkenaan berkata mereka tidak dibenarkan bersolat di dalam kelas kerana kelas ditutup selepas mengalami kerosakan akibat banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini