Akibat terpengaruh dengan iklan promosi memperolehi lesen memandu secara mudah di Facebook, seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) disaman anggota Unit Pengiring Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis.

Operasi khas oleh Pasukan UPB JPJ Perlis itu mengesan kesalahan tersebut di Jalan Penjara-Pusat Bandar Kangar petang semalam.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, siasatan awal ke atas pelajar lelaki yang berusia awal 20-an itu mendapati, beliau memaklumkan tidak mengetahui lesen berkenaan adalah palsu dan tiada rekod di dalam sistem Mysikap JPJ .

Pelajar tersebut yang memandu kenderaan jenis MPV dikenakan tindakan saman dibawah Seksyen 108(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 serta boleh dipenjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 5 tahun .

Selain itu, Unit Pengiring Bermotosikal turut menyita tiga buah kereta yang dipandu oleh warga Rohingnya yang juga pemegang kad UNHCR di lokasi yang sama.

Warga asing berkenaan disaman kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah mengikut Seksyen 26(1) dan kenderaan mereka disita dibawah Deksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini