Seorang pelajar kolej maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kemaman, Terengganu semalam. Insiden berlaku di jalan pintas dari Felda Neram Satu ke Felda Neram Dua dekat Bandar Cheneh Baharu. Muhamad Syawal Adnan Deraman, 21 berasal dari Peringkat Satu Felda Neram Dua, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata mangsa merupakan pelajar di Kolej Yayasan Pahang di Kuantan. Kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan, sebelum melanggar sebatang pokok. Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini