Pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar yang menjadi mangsa buli rakan setingkatan, dirawat di sebuah hospital di Selangor. Berdasarkan pemeriksaan doktor, pelajar itu mengalami kecederaan tisu lembut dalam badan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini dalam pemantauan doktor namun keadaannya dilaporkan stabil.

Bapa mangsa juga telah membuat laporan polis di Selangor berhubung kejadian menimpa anak lelakinya itu. Pihak polis telah mengambil keterangan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan. Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pukul 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember.   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini