Susulan kemalangan membabitkan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribean.

Kos rawatan Nur Nabilah Mohd Azhar yang kakinya terpaksa dipotong itu akan didahulukan universiti.

Timbalan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah memaklumkan kos rawatan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan itu akan dibiaya insurans.

Sementara menanti ia diluluskan, pihaknya akan mendahulukan bayaran rawatan.

UUM juga akan membantu membawa keluarga Nur Nabila ke Curaco, selain membuat penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi serta Wisma Putra untuk membawa mangsa pulang.

Nur Nabilah yang menjalani latihan industri  di situ terlibat kemalangan Selasa lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini