Pelajar yang mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bakal menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif.

Ia melalui memorandum persefahaman diantara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kolaborasi strategik antara MTUN dan JPPKK dilihat berupaya menjadi pemangkin untuk mengekalkan kelestarian bidang TVET pada masa hadapan.

Ini selaras peranan penting TVET dalam penghasilan graduan melalui penyediaan program pendidikan, latihan prapekerjaan, program reskilling dan upskilling.

Ujarnya lagi, pengajian secara digital terutamanya menerusi mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) harus diteroka.

Ia bagi memudahkan pelajar luar negara mengikuti pengajian tanpa menetap di Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini