Pelakon komedi Hollywood Bob Saget, yang terkenal dengan watak Danny Tanner menerusi sitcom, Full House, meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Saget dilapor ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di Hotel Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes.

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kematian Saget bukan disebabkan oleh penggunaan dadah.

Saget yang baharu sahaja memulakan jelajah ‘I Don’t Do Negative’ dilaporkan telah mengunjungi beberapa bandar di seluruh Amerika Syarikat. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. Punca sebenar kematian masih disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini