Pelakon veteran, Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima.

Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd. Rahim menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang, pukul 7.30 pagi tadi, selepas lebih dua minggu bertarung melawan Covid-19.

Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.

Allahyarham Fetty popular di era 1970-an dan 1980-an dengan watak antagonis.

Allahyarham juga merupakan antara pelakon terawal yang terbabit dengan siri drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam iaitu Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an.

Selain pelbagai drama dan telefilem; Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini