Aktres veteran Hollywood dan bintang siri televisyen “The Golden Girls”, Betty White meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Kematian White disahkan agennya Jeff Witjas pada Jumaat.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai punca kematiannya setakat ini.

White yang dilahirkan di Illinois pada 1922 memulakan karier di platform radio pada lewat 1930-an.

Mendiang kemudian membuat kemunculan pertama di televisyen pada tahun 1939.

Sitkom “The Golden Girls” adalah antara siri yang mempopularkan namanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini