Digital Nasional Bhd (DNB) sedang melaksanakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi berhubung pelancaran 5G negara, di bawah pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Draf Tawaran Akses Rujukan (RAO) untuk perkhidmatan borong 5G juga telah dikemukakan kepada SKMM dan syarikat telekomunikasi September lepas bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan DNB dan memberikan maklum balas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata RAO merupakan syarat komersial dan bukan komersial standard bagi perkhidmatan borong 5G akan disediakan secara telus dan tanpa diskriminasi kepada mana-mana entiti berlesen yang memerlukan akses kepada perkhidmatan 5G.

RAO juga akan menjadi asas bagi DNB untuk memeterai perjanjian komersial yang muktamad dan DNB menjangka dapat memuktamadkan RAO pada akhir November selepas kelulusan SKMM. Tan Sri Annuar Musa menjawab pertanyaan tambahan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini