Pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar 5G perlu dilengkapkan dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Malaysia bakal kehilangan pelabur baharu yang berpotensi sekiranya pelaksanaan perkhidmatan internet 5G mengambil masa yang lama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia di Putrajaya.

Jelas beliau lagi, pelaksanaan rangkaian internet yang lebih maju dan berteknologi tersebut boleh dicapai sekiranya isu-isu berbangkit termasuklah berkaitan Kedudukan Digital Nasional Berhad (DNB) dan pemilihan rangkaian borong tunggal (SWN) diselesaikan segera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini