Tindakan segera harus diambil dalam menangani kepincangan dalam pengurusan sisa plastik global. Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, Malaysia telah melaksanakan Pelan Hala Tuju Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2021-2030.

Di samping itu akan memperkenalkan Rangka Kerja Kelestarian Plastik 2021-2030 yang memberi fokus kepada pendekatan ekonomi kitaran melalui pelaksanaan tanggungjawab pengeluar diperluas, EPR.

Beliau menyatakannya pada pelancaran persidangan SEA of Solution 2021 SoS2021 yang diadakan secara maya. Melalui dasar dan pelaksanaan EPR yang sedang dirangka oleh KASA, syarikat-syarikat akan bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha mengurangkan sisa plastik.

Pendekatan ekonomi kitaran telah dikenalpasti sebagai salah satu strategi untuk memastikan kelestarian sumber alam diberi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini