Pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan; GST perlu mengambil kira beberapa faktor. Menurut Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, pelaksanaannya perlu bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

Selain memberi tumpuan kepada aspek penambahbaikan bagi mengelak sebarang ketirisan. Kadar cukai baharu pula perlu memastikan negara mempunyai pendapatan lebih baik berbanding pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan cadangan pelaksanaan GST masih di peringkat kajian.