Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) juga bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta persatuan perniagaan.

Melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) kerajaan akan terus berusaha untuk memodenkan peraturan berkaitan perniagaan bagi melonjakkan produktiviti dan daya saing negara.

Mesyuarat itu juga bersetuju merancakkan lagi program uji kaji peraturan yang dikelola oleh Unit MyMudah dengan sasaran penyelesaian isu dalam tempoh 60 hari berbanding 6 hingga 12 bulan sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini