Pelaksanaan Projek Pembinaan Median, Pusingan U, dan kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat – Ayer Hitam – Kluang, FT 050, Johor, penting bagi membendung kemalangan maut yang sering berlaku di kawasan tersebut.

Jajaran tersebut merekodkan 632 kemalangan jalan raya sepanjang 2015 hingga 2020, dengan 227 kes daripadanya, kemalangan maut.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan yang menghubungkan Pekan Parit Raja ke Plaza Tol Ayer Hitam, turut merekodkan jumlah trafik tertinggi di Batu Pahat. Kajian mendapati, 28,298 kenderaan melalui kawasan tersebut, dalam tempoh 16 jam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini