Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Batu Pahat, Johor yang dijangka bermula pada 2023 dan siap 2026 bakal mengurangkan risiko banjir kepada lebih 35,000 penduduk.
 
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K. Raven Kumar memaklumkan, projek bernilai 190 juta ringgit adalah inisiatif jangka panjang mengatasi banjir di kawasan berkenaan.
 
Beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih tebing dan menaiktaraf benteng sungai sedang giat dijalankan.
 
Tahun lalu, kerja pembinaan benteng di pintu air Kampung Parit Lapis melibatkan kos RM161,798 telah dilaksanakan.

Raven turut memaklumkan, Projek RTB fasa 1 di Segamat berjaya mengurangkan penduduk terjejas banjir di daerah itu sehingga 52 peratus, atau 11,40 orang berbanding lebih 21,000 orang sebelum ini.

Beliau bercakap ketika sesi jawapan lisan Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-15.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini