Sistem rangkaian 5G di Kedah perlu dilaksanakan tahun ini berbanding perancangan asal tahun 2023.
Ini kerana Kedah kini menjadi tumpuan pelabur dengan nilai pelaburan yang diluluskan pada suku kedua tahun ini mencapai kira-kira RM20 billion.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Datuk Romani Wan Salin berkata, jumlah pelaburan tersebut telah mengatasi sasaran Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu sebanyak RM10 bilion.
Katanya pada masa ini, projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menaiktaraf struktur telekomunikasi dan membina menara baru sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023.
Mengikut perancangan, Pelaksanaan 5G di Kedah bermula tahun depan dan kerajaan Negeri menyasarkan kawasan perindustrian dan kawasan projek berimpak tinggi seperti Kulim Hi-Tech Park, Zon Sempadan Ekonomi Khas Bukit Kayu Hitam; dan KXP Airport di Kulim.
Utama Edisi Semasa