Kerajaan sedang menyediakan Pelan Induk Wakaf Nasional sebagai sebuah pelan holistik untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelan itu selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada kerangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Waqaf FELDA di Ibu Negara.

Jelasnya lagi sebanyak 30 peratus keuntungan yang diperoleh Waqaf FELDA akan diperuntukkan kepada kebajikan, 5 peratus akan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, manakala selebihnya akan dilabur semula.

Dengan tadbir urus yang jitu, menerusi Waqaf FELDA ia dijangka akan mampu menguruskan aset sehingga RM500 juta menjelang 2030 seperti yang diaspirasikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini