Pelan Kebangkitan Perlis 2021-2025, bakal melonjak pembangunan negeri, ekonomi, pelancongan dan industri.

Ia selaras perkembangan semasa negara yang bakal beralih ke fasa endemik dalam tempoh waktu ini, fokus utama lebih tertumpu kepada penjanaan pendapatan dalam pelbagai sektor setelah mengharungi pandemik Covid-19.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, pelan berkenaan kini sedang diperhalusi bersama kepimpinan kerajaan negeri bersama-sama pelbagai agensi agar pelan dirangka dapat dilaksanakan secara optimum.

Salah satu tumpuan pelan semestinya terhadap sektor pelancongan yang dilihat antara produk utama negeri dan mampu menambah pendapatan dalam kalangan masyarakat negeri ini secara terus.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pengarah Penyiaran Perlis, Zulkifli Mohd di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar. RTM dan Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dalam menyampaikan segala maklumat berkaitan perancangan dan hala tuju yang mampu memberi manfaat kepada penduduk negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini