Pelan Pemulihan Negara 2.0 akan dirangka secara lebih komprehensif serta inklusif bagi memastikan pemulihan seterusnya yang bersifat menyeluruh.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, satu pasukan kerja bakal dibentuk bagi meneliti secara mendalam sektor yang perlu diberi keutamaan sesuai jangka masa pemulihan.

Menurut beliau, jika sesuatu sektor dibiarkan untuk pulih secara semula jadi, ia bakal mengambil lebih banyak masa untuk pulih sepenuhnya.

Ujar beliau lagi dengan PPN 2.0, MPN mempunyai hala tuju lebih khusus bagi membantu sektor yang memerlukan.

Pasukan kerja tersebut akan mengemukakan cadangan serta memperhalusi langkah menangani kes COVID-19 tanpa harus mengambil langkah kebelakang dengan mengenakan kembali perintah “lockdown”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini