Pelan Strategik Co-op Bank Pertama (CBP) 2022-2026 dilancarkan, bertujuan meningkatkan keyakinan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan perbankan yang lebih komprehensif. Seterusnya, melonjakkan nama CBP sebagai entiti yang mampan.

Pelan strategik itu dirangka selaras dasar dan aspirasi negara menerusi Pelan Tranformasi Koperasi Malaysia (TransKom), untuk menjadikan sektor koperasi menjadi salah satu penyumbang ekonomi terbesar negara menjelang 2030.

Ia mengandungi empat teras meliputi aspek Kewangan, Modal Insan & Pelanggan, Proses Dalaman dan Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini