Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) 2021-2025 yang dilancarkan pada Disember lepas mampu memperkukuh universiti berkenaan sebagai menara ilmu yang memacu kecemerlangan. Demikian Titah Sultan Selangor yang juga Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Lima strategi utama ditetapkan dalam pelan tersebut antaranya memacu pertanian berteknologi tinggi, membangun sahsiah graduan dan memastikan kesempurnaan institusi yang mantap. Titah Baginda, semua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini