Pelan Tindakan Kawalan Sempadan Darat dibangunkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkasakan kawalan sempadan darat negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya akan memulakan kajian pembangunan sistem integrasi kawalan sempadan yang dikenali sebagai “Sistem Kawalan Sempadan Negara, (NBCS).

Beliau berkata demikian semasa berucap menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 KDN di Putrajaya.

Jelasnya lagi  empat  pintu masuk baharu negara akan dibuka, masing-masing, di Teluk Melano dan Kapit di Sarawak, Pengerang di Johor dan Setiu, Terengganu.

Pembukaan pintu masuk ini dapat meningkatkan kemudahan kemasukkan warga asing ke Malaysia. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini