Usaha melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 memerlukan pelaburan jangka panjang.

Pelancaran inisiatif Pendigitalan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) membuktikan komitmen tinggi Kementerian Belia dan Sukan dalam melonjakkan kualiti latihan kemahiran.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, ILKBS dan IKBN Kuala Perlis menjalin kerjasama industri strategik dalam pelbagai aspek aset latihan terkini.

Sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai graduan ILKBS berada dalam tenaga kerja negara khususnya dalam bidang teknologi tinggi. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvokesyen IKBN Kuala Perlis.

Pada majlis itu, 144 graduan berjaya menamatkan pengajian meliputi pelbagai bidang teknologi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini