Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di Terengganu sejak Jumaat lepas kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi tadi.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi tadi.

Jelas Abdul Aziz, keadaan cuaca dan laut baik membolehkan semua pelancong berkenaan dibawa keluar.

Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau berkenaan.

Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian terkandas sejak Jumaat lepas, ekoran keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Situasi tersebut menyebabkan operasi perkhidmatan bot terpaksa dihentikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini