Malaysia menyasarkan jumlah pendapatan sebanyak RM800 juta menerusi sektor pelancongan kesihatan tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menaruh kepercayaan, sektor pelancongan kesihatan yang sebelum ini menjana pendapatan mencecah RM1.7 bilion setahun sebelum pandemik COVID-19, berupaya kembali pulih menjelang 2025.

Jelasnya lagi, kerajaan menggariskan sasaran pendapatan RM520 juta tahun ini dan setakat Oktober lalu, sebanyak RM480 juta berjaya dicapai menerusi pelancongan kesihatan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Malaysia sebagai Hab Rawatan Hepatitis C sempena sempena InsigHT2021 di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini