Akibat ribut salji, pelanggan dan kakitangan gedung IKEA di Denmark terpaksa bermalam di gedung tersebut.

Sekurang-kurangnya 25 orang tidak dapat pulang ke rumah apabila salji setebal 30cm menutup jalan dan bangunan.

Pihak pengurusan membenarkan mereka bermalam di bilik pameran, menjamu selera di kafe, serta menonton televisyen.

Pengurus, Peter Elmrose berkata mereka tidur di bilik pameran yang terdapat katil, tilam dan sofa.

Keesokan harinya, mereka dijamu dengan sarapan pagi sebelum meninggalkan premis.

Katil dan perkakas di premis itu telah pun dibersihkan apabila gedung itu dibuka semula pada pagi Khamis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini