Di Denmark, beberapa pelanggan dan pekerja IKEA terpaksa tidur di atas katil dan sofa pasar raya berkenaan selepas ribut salji menghalang mereka pulang ke rumah.

Kesemua 31 orang termasuk enam pelanggan dan 25 kakitangan IKEA terpaksa bermalam di sana selepas salji lebat turun dan menyebabkan pergerakan trafik terhenti sepenuhnya serta memaksa pengangkutan awam ditutup.

Mereka berkumpul di bahagian restoran, menonton perlawanan bola sepak dan rancangan Hari Krismas untuk menghabiskan masa. Kesemua ‘tetamu’ tidur di bahagian berlainan pasar raya itu disebabkan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini