RM634.21 bilion.

Itu nilai saman dikemukakan pelarian Rohingya terhadap Facebook.

Tindakan itu diambil atas dakwaan platform media sosial itu gagal membendung ucapan berunsur kebencian, dan membawa kepada penindasan berterusan terhadap masyarakat minoriti itu.

Saman itu difailkan di sebuah mahkamah di California semalam.

Ia mendakwa algoritma yang memberi kuasa kepada syarikat Facebook itu mempromosi maklumat yang salah, dan ia diterjemahkan kepada keganasan sebenar.

Satu dokumen mahkamah menyebut, platform itu mempromosikan perasaan kebencian, perpecahan dan menyalurkan maklumat salah.

Ini menyebabkan kaum minoriti itu disalah-ertikan sebagai ekstremis, dan menambah penderitaan kepada ratusan ribu rakyat Rohingya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini