Antara punca pelarian berdepan risiko berkenan adalah hilangnya sokongan bantuan pelbagai organisasi akibat perang Rusia – Ukraine.

Pelarian Syria di kem Dohuk menerima bakul makanan asas, dan sesetengah kem pula menerima elaun makanan sebanyak 14 dolar amerika setiap bulan.

Bagaimanapun, elaun berkenaan hanya bertahan untuk sehari atau dua hari sahaja memandangkan harga yang mahal.

Pihak agensi berita AP turut menghubungi UNHCR di Dohuk berhubung perkembangan ini namun mereka menolak untuk mengulas isu berkenaan.

Minggu lalu, 2 agensi di bawah PBB iaitu Program Makanan Sedunia-WFP dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian -FAO mengeluarkan amaran berhubung krisis makanan akibat perang Rusia-Ukraine yang menyebabkan lonjakan harga minyak dan makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini