Infrastruktur dan kemudahan asas baharu akan diwujudkan di Jambatan Kedua Pulau Pinang tahun ini bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Jambatan Kedua Sdn Bhd ….Arjunaidi Idrus berkata kini lebih 800 ribu orang menggunakan jambatan itu dalam tempoh sebulan.
Jambatan Kedua itu secara tidak langsung berjaya merancakkan sosio-ekonomi penduduk di kawasan Batu Kawan, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan pertumbuhan sektor industri. Jambatan Kedua Pulau Pinang itu atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini