Legenda bola sepak Brazil, Pele telah dibenarkan keluar hospital semalam.

Bekas pemain berusia 81 tahun itu sebelum ini menjalani rawatan kimoterapi selama dua minggu akibat kanser kolon, di hospital Sao Paulo.

Pele yang digelar “O Rei” atau Raja kini dilaporkan stabil dan akan meneruskan rawatan kanser berkenaan yang dikesan pada September lalu.

Pele menjalani pembedahan ketumbuhan berkenaan pada 4 September dan dirawat selama sebulan di hospital sebelum dibenarkan keluar untuk meneruskan kemoterapi.

Ia antara masalah kesihatan terbaharu dihadapi bekas bintang bola sepak dunia itu, yang kini semakin kurang membuat penampilan di khalayak ramai.

Dia mula melakar nama pada usia 17 tahun ketika membantu Brazil memenangi Piala Dunia buat pertama kali pada tahun 1958.

Dia telah menjaringkan lebih daripada seribu gol sepanjang kariernya sebelum bersara pada tahun 1977.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini