Legenda bola sepak Brazil, Pele kembali dimasukkan ke hospital. Menurut doktor, ikon berusia 81 tahun itu menyambung rawatan berikutan ketumbuhan dalam usus besar. Juara Piala Dunia tiga kali itu dikesan menghidap penyakit tersebut September tahun ini.

Menurut pasukan perubatan di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Pele berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi. Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila Pele dimasukkan ke hospital tersebut.

Pele menjalani pembedahan kerana ketumbuhan pada 4 September lalu dan menghabiskan sebulan di hospital sebelum meneruskannya dengan kimoterapi. Agensi perhubungan awam bintang itu berkata kemasukan terbaharu ke hospital berkenaan adalah perkara rutin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini