Pelitup muka akan diwajibkan semula di sekolah-sekolah di 39 jabatan di wilayah Perancis berikutan kes baharu COVID-19 sudah melepasi tahap amaran.

Jurucakap kerajaan, Gabriel Attal berkata, sekolah di 22 jabatan telah dikenakan arahan pemakaian pelitup muka pada bulan lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 61 atau hampir separuh daripada wilayah Perancis.

Attal berkata, kadar jangkitan melebihi 50 kes seminggu bagi setiap 100,000 penduduk di 39 jabatan berkenaan.

Mengikut protokol yang diumumkan Kementerian Pendidikan, sesebuah sekolah yang mencatatkan kes kurang dari 50 kes bagi setiap 100,000 penduduk selama lima hari berturut-turut, maka pelajar sekolah rendah tidak perlu memakai pelitup muka. 

Terkini,10,050 kes baharu, 39 kematian dan 6,764 pesakit COVID-19 telah dimasukkan ke hospital Perancis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini