Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia. Skuad negara berpeluang melakar sejarah jika berjaya menewaskan Korea Selatan pada aksi final yang ketika ini sedang berlangsung. Andai kemenangan berjaya dicipta, Malaysia bakal menjulang trofi sulung kejohanan hoki paling berprestij di Asia itu.

Malaysia melangkah ke final selepas muncul pasukan teratas dalam saingan Super Four menerusi kemenangan besar 5-0 ke atas Jepun semalam.

Dalam peringkat kumpulan sebelum ini, anak buah A.Arulselvaraj cemerlang apabila berjaya mengatasi Korea Selatan 5-4 pada aksi peringkat kumpulan diikuti keputusan seri 2 sama dalam saingan awal peringkat Super Four.

Sejak dipertandingkan pada 1982, pencapaian terbaik skuad negara ialah muncul naib juara pada edisi 2017 di Bangladesh. Ketika itu, pasukan negara tumpas 1-2 kepada India di pentas final.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini