Pelumba Qatar, Nasser Al-Attiyah memenangi pembukaan Rali Dakar di Arab Saudi untuk berada di landasan terbaik memburu kemenangan keempat dalam acara endurance.

Naib juara keseluruhan tahun lalu itu mencatat masa 12 saat lebih pantas mengatasi juara tiga kali, Carlos Sainz yang memandu kereta elektrik Audi RS Q e-tron.

Dalam perlumbaan tersebut Nasser Al-Attiyah mengatasi Carlos Sainz semasa peringkat pecutan sejauh 19 kilometer sebelum melalui laluan sepanjang 595 kilometer menghubungkan Jedaah dan Ha’il.

Sementara pelumba Afrika Selatan, Brian Baragwanath, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Juara sembilan kali, Sebastian Leob sekadar berpuas hati di tempat kelima.

Berdasarkan format perlumbaan, 10 pelumba teratas dalam saingan pembukaan bagi kategori kereta boleh memilih kedudukan perlumbaan bagi peringkat One-B.

Sementara itu, pelumba Australia, Daniel Sanders menguasai saingan bagi kategori motosikal, mengatasi pelumba Chile, Pablo Quintanilla di tempat kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini