Pelbagai barang rampasan mencecah lebih RM300,000 dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP Selangor.

Pelupusan kesemua barangan melibatkan 27 kes itu dikategorikan sebagai Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor. Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Selangor, Mohd Khairi Jamaludin memaklumkan kesemua pelupusan barangan kes bermula tahun 2020 hingga tahun lepas.

Cermin mata, telefon bimbit, kasut, selipar, sarung kaki, baju, beg tangan dan aksesori telefon bimbit, antara barangan tiruan yang dilupuskan. 

Kes melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Cap Dagang 2019. Beliau terdahulu menyempurnakan pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP Selangor di stor penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Selangor, Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini