Pemain generasi baharu dalam sukan bola sepak diingatkan untuk lebih menjaga disiplin mereka agar dapat membawa pasukan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Demikian pesan legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann. Jelas beliau, pemain muda juga perlu mempunyai semangat juang yang tinggi agar dapat mencapai kemenangan.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-72 Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri.
 
Pada Istiadat tersebut, Datuk Soh Chin Ann menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini