Pemain industri pelancongan diingat supaya menitikberatkan pematuhan SOP selain meningkatkan mutu perkhidmatan susulan kelonggaran yang diberi kerajaan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dalam kenyataan menjelaskan ia  harus setanding dengan negara lain bagi persediaan menyambut pelancong asing nanti.

Tambahnya jika ia masih di takuk lama, negara akan kehilangan pelancong luar negara apabila sempadan dibuka kelak.

Selain itu, pematuhan SOP juga harus menjadi keutamaan kerana khuatir, pelonjakan kes bakal menyebabkan industri pelancongan terhenti sekali lagi.

Beliau turut menyarankan agar pihak berkuasa tempatan untuk sentiasa menjaga landskap yang sudah lama terbiar terutama lokasi berhampiran tempat tumpuan pelancong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini