Bekas penyerang import Sabah FC, Dennis Buschening diumumkan sebagai pemain import baharu pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC bagi musim 2022.

Dennis mengisi slot sebagai pemain import kuota Asean.

Sebelum ini, Dechi Marcel N’guessan (Kuota Antarabangsa) dan Jang Suk-Won (Kuota Asia) telah diumumkan sebagai dua pemain import baharu skuad hijau
kuning.
 
KDA FC menerusi hantaran di facebook berkata, penyerang berusia 30 tahun berkenaan dilahirkan di Jerman dan memiliki kerakyatan Thailand, memulakan kerjaya bola sepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga Jerman.
 
Mula berkelana di Thailand ketika mewakili Buriram United FC sekitar musim 2013, penglibatannya selepas itu mula mendapat perhatian kelab dari Asean.
 
Dia antara pemain mewakili Buriram United FC di perlawanan Suku Akhir Liga Juara-juara AFC pada musim 2013.
 
Dua musim lalu, Dennis beraksi mewakili Sabah dan UiTM FC dan aksinya mencuri perhatian melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan.
 
Ia termasuk ketika beraksi menentang KDA FC musim lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini