Disiplin diri dan komitmen tinggi merupakan kunci kejayaan dalam bidang sukan khususnya badminton.

Justeru, bekas jaguh perseorangan negara yang juga pernah menjadi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gembira melihat prestasi pemain muda negara dalam beberapa kejohanan baru-baru ini.

Datuk Chong Wei yang juga pemenang pingat Perak Olimpik berkata demikian kepada pemberita, ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-DarjahKebesaran Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pada istiadat itu beliau dikurniakan Jaksa Pendamai (JP) bersama lima individu lain.

Selepas istiadat, Datuk Chong Wei menghadiahkan raket miliknya masing-masing kepada Tun Juhar dan isteri, yang mana satu daripadanya pernah digunakan semasa kejohanan Olimpik dan satu lagi digunakan ketika terbuka Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini