Seorang pemancing lemas manakala 5 lagi selamat apabila bot yang dinaiki terbalik.

Kejadian berlaku di kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai sekitar 12.20 tengahari tadi.
 
Mangsa yang lemas dan meninggal dunia ialah Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38 tahun.
 
Manakala 5 mangsa yang selamat termasuk tekong bot Che Roslan Hashim 49 tahun.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dalam kenyataannya memaklumkan, mayat mangsa dibawa ke Jeti Tanjung Dawai untuk proses sanitasi sebelum
diserah kepada polis.
 
Pihak APMM menerima panggilan telefon daripada pemilik bot terbabit, Mohamad Amirul Asyaraf sebelum Bot PERKASA Maritim Pulau Pinang dan Bot Perkasa Zon Maritim Kuala Kedah diatur gerak ke lokasi kejadian.
 
Bot terbabit ditemui dalam keadaan terbalik, manakala semua mangsa ditemukanmemakai jaket keselamatan.
 
Salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini