Pemandu sebuah kereta berwarna putih yang terlibat dalam video tular, memaparkan kenderaannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu mengakibatkan kemalangan, disahkan mengalami microsleep ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.30-minit petang, 20 November lalu.

Kejadian melibatkan kereta berkenaan dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 27, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Pelaku telah dikenakan tindakan bawah Peraturan 10 Kaedah Lalulintas 1666/59 dan disaman sebanyak RM300.

Microsleep adalah satu situasi dimana seseorang itu tertidur dalam masa yang singkat tanpa disedari dan ianya berlaku sangat pantas dalam tiga hingga ke lima saat tanpa sebarang amaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini