Gara-gara cuba melindungi suspek kes maut langgar lari.

Seorang pemandu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengelakkan suspek dari dikenakan tindakan undang-undang.

Tertuduh, S. Thanaraj, 41 tahun, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret M. M. Mageswary Subramaniam.

Mengikut kertas pertuduhan, Thanaraj didakwa melindungi G. Kesavan, 31 tahun, walaupun mengetahui suspek terlibat dengan satu kes kemalangan maut.

Dia dipercayai berniat melindungi Kesavan dari tindakan undang-undang pada jam 4 pagi 14 Ogos lalu di Jalan Mahameru.

Menurut fakta kes, Kesavan didapati sedang memandu dan melanggar pintu kiri lori penurapan jalan, sebuah mesin stroller serta sebuah kenderaan lain.

Akibat kemalangan itu, seorang pekerja penurapan jalan maut dan dua lagi cedera parah.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van dipandu oleh tertuduh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini