Gara-gara perselisihan faham, seorang pemandu e-hailing maut selepas dipukul enam lelaki dalam kejadian di sebuah kelab malam, 28 Disember lalu.

Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia dua hari selepas itu ketika menerima rawatan di hospital

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata,  perselisihan faham terbabit menyebabkan mangsa dipukul suspek ketika menjemput teman wanitanya di kelab terbabit.

Semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan pergaduhan, manakala tiga lagi suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
 
Kesemua suspek telah ditahan reman sehingga 13 Januari bagi  membantu siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini