Dua lelaki maut selepas lori muatan baja yang dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden  Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian pada jam 3 petang semalam itu berlaku ketika mangsa, Nazli Misnon, 56 tahun, yang memandu lori bersama rakannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25 tahun, dalam perjalanan dari Sabak Bernam, Selangor ke Raub.

Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu lori dipercayai hilang kawalan semasa melalui satu selekoh, lalu terbabas dan masuk ke dalam gaung.

Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa tersepit di bawah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bentong, Azha Aris berkata  bomba menerima panggilan pada 2.40 petang dan 13 anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini