Cubaan seorang pemandu lori menyeludup rokok putih gagal apabila berjaya ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 di Jalan Kelaboran Tumpat-Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, rampasan dilakukan menerusi Op Kontraban apabila pasukan mengesan sebuah lori jenis dalam keadaan mencurigakan pada pukul 6.15 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan di bahagian belakang lori terbabit mendapati terdapat 118 kotak besar rokok putih yang tidak bercukai.
 
Katanya, walaubagaimanapun, suspek melarikan diri ke arah kawasan berhampiran Hospital Kelaboran apabila menyedari kenderaannya diekori pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Datuk Muhamad Zaki berkata, berdasarkan maklumat, rokok tidak bercukai terbabit dipercayai diseludup di sekitar kawasan Pulau Tengkorak, Tumpat untuk pasaran di sekitar Kelantan dan negeri sempadan.
 
Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk lori adalah RM915,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini