Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini, atas tuduhan pecah amanah melibatkan penjualan besi konkrit bernilai RM324,000.
 
Tertuduh, Mohamad Ridzuan Abdul Khadir, 33 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang dilantik sebagai sub-kontraktor syarikat Kanna Transport Service telah berlaku curang, dengan menjual besi konkrit tersebut yang sepatutnya dihantar ke Pelabuhan Kuantan, kepada pihak lain.
 
Kegiatan itu didakwa dilakukan antara jam 8 malam 9 November lalu, bertempat di Jalan Sungai Ular, Kuantan.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan berserta denda.
 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aini Adilah Muhammad Faizal, dengan tertuduh diwakili peguam, Tharan Singh.
 
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada 16 Disember depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini